Showing posts with label South Korea - Jeju Island. Show all posts
Showing posts with label South Korea - Jeju Island. Show all posts

Friday, April 04, 2014

Jeju Day 2 ~ Part 2

Selepas dari Trick Art Museum kami langsung ke satu tempat yang ada folk village. Tapi rasanya bukan yang famous Songeup Folk Village tu. Tak pasti namanya apa. Sajalah nak tengok orang zaman dulu macam mana. Tapi taklama pun. 15 minit je kat sini.


Kat sini anda boleh datang dan tengok cara cara zaman dulu guna. Dari alat memancing sampai ke peralatan dapur pada zaman dulu masih ada disini.


Tempat yang Mimi cangkung tu memang tempat orang dulu dulu membuang hajat. Ada lubang dan najis akan disalurkan ke kandang babi. Jimat jimat.


Next, Mr Cheon bawa kami ke tempat kincir angin. Dengan angin kuat, cuaca cerah tapi sejuk gila pastu disuruhnya lompat untuk ambil gambar. Mahap. Mimi saja yang gigih buat ni. Kalau tuan tanah buat mahu gegar satu South Korea.


Lepas dari tengok kincir angin, kami singgah ke ladang bunga corono. Tak pasti betul ke tak nama dia. Kan spring dah bermula. Dalam banyak banyak bunga, bunga ni je baru nak mekar. Untuk masuk ke sini ada dikenakan bayaran krw1,000 seorang. Tapi Mr Cheon baik hati dan bayarkan untuk kami. 



Pernah rasa limau kat Jeju? Ya Allah sedapnya. Manis manis belaka. Takda yang masam sepanjang kami makan. Rupa pun cantik kan? Rasa nak makan kan bila tengok gambar ni? 


Sorry ye. Kalau tengok betul betul, ni sebenarnya limau tipu. Haha. Rupa limau sebenar takla segojes gambar kat atas ni. Nampak tak ada dawai yang diikat dengan limau tipu ni pada pokok limau. Masa ni tipu Mimi suruh petik dan makan. Kecur air liur dia. haha


Next kami pergi Seongsan Ilchubong. Antara 7 wonders in the world yang baru. Bangga kejap dah dapat pergi. Admission fee krw2,000 seorang. Kat sini memerlukan daya tenaga untuk mendaki sikit. Oleh kerana bukan senang dapat peluang pergi, harusla seret kaki pergi juga kan? Tapi taklah sampai ke puncak tu.


Seongsan Ilchulbong Peak rose from under the sea in a volcanic eruption over 100,000 years ago. Located on the eastern end of Jejudo Island, there is a huge crater at the top of Seongsan Ilchulbong Peak. The crater is about 600m in diameter and 90m high. With the 99 sharp rocks surrounding the crater, it looks like a gigantic crown.


Kalau ikutkan kalau gigih naik sampai ke atas, ni rupa crown tu. Maap kami tak segigih itu. Gambar ehsan dari Google.




Lepas dah penat mendaki, kami singgah basahkan tekak ke DropTop Cafe kat area Seongsan Ilchubong ni. Sekali la makan tengah hari untuk alasa perut.


Tadaaaaa! Ni la menu kami untuk late lunch kami. Banana toast bread with caramel sauce & whipped cream. tu diaa nama dia kan. Harga dia dalam krw5,000 rasanya. Jangan convert kan? 


Next kami terus menghala ke Seopjikoji Beach. Kat sini ada ahjuma ahjuma jual sotong bakar. Macam nak beli, tapi duk fikir hygiene. Sudahnya tak beli. Berkira sangat tuan tanah ni.


The view was breathtaking. Angin yang sepoi sepoi seperti biasa. Lihat pemandangan. Memang relaxing cara sightseeing macam ni. Takde rushing rushing. 


Cool kan batu macam ni. Tak pasti ini dibuat oleh manusia atau memang semulajadi terbentuk jadi macam penyu. 


Last location yang kami pergi sebelum ke airport ialah Yongduam Rock. Kalau kena dengan angle yang betul, kita boleh nampak batu ni seolah olah menyerupai dengan naga. 

Yongduam was created by strong winds and waves over thousands of years. However, there are plenty of other stories of how it came to be. One legend has it that a dragon stealing precious jade from Mt. Halla was shot down by an arrow from the mountain deity. When he fell down on Yongduam, his body immediately sank into the ocean and his head rapidly froze looking at the sky. Another legend has it that a white horse, who dreamed of being a dragon and ascending to the sky, came to be caught by a soldier and froze into the rock.




Masa ni jam dah hampir jam 6 petang. Angin makin kuat. Tangan memang tak rasa apa apa kalau tak pakai gloves. Muka memang dah kejung. Jacket yang sendiri pakai pun rasa sejuk gila. Memang amik gambar dengan cara pantas je kat sini sebab terlalu sejuk. 


 Dalam jam 6.30 pm macam tu Mr Cheon hantar kami ke Jeju Airport. Kami memang puas hati dengan service Mr Cheon. Hari pertama tu dia charge kami krw130,000 dan hari kedua oleh kerana lama sikit krw150,000. Dia belanja kami jagung, pau barli, jajan jagung dan limau mandarin. Kami happy sangat sebab Mr Cheon tunjuk macam dia tak berkira dengan kita, so kita pun happy kan. Memang recommended sebab dia tau tentang agama Islam dan dia tau pasal Muslim. Jadi mudah kalau nak suruh dia bawa ke kedai makan. Cuma kami ni je tak mau makan sebab dah makan macam macam untuk alas perut.

Dalam jam 9pm kami selamat sampai di Gimpo International Airport. Apalagi, berlari la untuk ambil beg roda yang kami simpan di Baggage Storage tu. Total caj yang dikenakan dari jam 9.50am (Khamis) sampailah 9pm (Jumaat) lebih kurang krw51,000. HOI MAHAL HOI. tapi better lah dari nak ulang alik kan. Pejam mata dan bayar.

Ni lagi 1 tips penting. Oleh kerana kami dah sampai agak lewat, tuan tanah dah buat reservation untuk naik International Taxi ke guesthouse kami di Hyehwa itu. Oleh kerana buat reservation memang tulis jam 10, so berlenggang kangkung la kat airport. Lepas tu terus ke information centre tanya kat mana counter international taxi. Depa pun tak pasti. Tapi kudos la, mereka memang rajin nak selesaikan masalah kami. Rupanya counter taxi tu kat bahagian International Terminal. Cis bedebah. Kami turun kan domestic terminal kot! So kami di suggestkan untuk naik shuttle bus untuk ke situ. Tunggu punya tunggu bas tak datang datang. Rupanya last bas jam 10. Tengok jam dah 10.10pm. Cantik! Memang cantik. Dengan suhu 2c. Kami seret beg ke hulu ke hilir. 

Kami tanya orang sana. Dalam email reservation kata kami akan dikenakan 100% penalti jika tak show up lepas buat reservation. Unnie kat information centre pun dah try call kan counter taxi tu tapi tak berjawab. Lalu kami ke taxi biasa di depan bus stop itu untuk minta hantar ke international terminal. Masa ni la bermulanya cabaran bahasa. Haha. Lawak. Sudahnya bukak handphone, mujur ada print screen alamat & no telefon guesthouse dalam korean terus tunjuk ke taxi driver & terus dia set GPS dia. Hamik! Nak kena penalti pun penalti la. Dahla sejuk. Beg berat. Mujurla memang dah baca banyak pengalaman orang yang kata make sure ada alamat & no telefon destinasi nak dituju dalam korean. Jadi taxi driver mudah nak bawa. Dengan hanya krw23,000 kami selamat sampai jam 11.30pm di GoldenPond Guesthouse :)

Nanti kita sambung part Seoul pula ya :)


Thursday, April 03, 2014

Jeju Day 2 ~ Part 1

Hello earthlings~ Mari sambung entry trip ke Jeju tuan tanah. Hari kedua tuan tanah kat Jeju. Harus fully utilize kan seawal jam 9 pagi sebab flight balik ke Gimpo pada jam 7.55pm. So jom tengok :)


Destinasi pertama kami ke Mysterious Road. Dalam 10 minit jarak dari hotel kami ke sini. Mr Cheon siap kasi kami pengalaman misteri tu semasa dalam kereta. Memang rasa pelik. Tapi takdala sampai rasa kot kot David Copperfield datang ke apa. Cuma adalah pengalaman tu. Selalu baca je kan.

The Jeju Mysterious Road, also known as Dokkaebi Road, lies on a hill at the foot of a mountain, and connects two major highways on Jejudo Island. It has earned its name, as objects and liquid appear to roll and flow up the hill instead of down, when, in fact, such image of gravity defiance is an optical illusion rendered by the seemingly high surroundings.


Sepatutnya jalan itu macam bukit yang mendatar sedikit. Bila sampai je di titik permulaan misteri tu, taxi Mr Cheon tu berjalan dengan sendirinya walaupun dalam keadaan engine yang dah dimatikan. Tau tak rasa bila awak bawak kereta auto, masukkan ke gear D tapi tak pijak pedal minyak. Kan dia berjalan sedikit kan? Ha feeling tu la. Tapi misterinya kereta masih berjalan ke depan walaupun naik bukit sedikit. Cuba tengok gambar bas kat atas ni. Bas ni jalan dengan sendirinya walaupun engine dah dimatikan.



Ini pandangan dari atas. Kami cuba juga tuang air atas jalan ni. Sepatutnya pattern air percik tu mesti akan jatuh ke bawah kan? Ni air tu macam menghala ke atas. Sungguh misteri kan? Ada juga tourists letak botol dan cuba golekkan ke bawah. Tapi tak boleh. Ia akan jadi sama ada tak bergerak langsung ataupun akan naik ke atas. 


Next location ni takdak dalam itinerary. Tiba tiba je Mr Cheon berhenti kat horse farm ni sebab asyik dengar kami tanya pasal salji. Ada la cebisan cebisan salji. Jakun sekejap. Pertama kali la katakan. Rupanya macam ABC je haha. ok tipu.


Next kami dibawa sekali lagi ke tempat yang tiada dalam itinerary kami. Saryeoni Forest. Oleh kerana kami gegedik pasal salji, Mr Cheon bawa ke sini. Lepas tu Mr Cheon suruh cuba hirup udara kat sini. Memang sangat segar. Rasa macam makan gula gula Halls hitam. Haaa tu dia level segar yang tuan tanah nak compare. 


Saryeoni Forest is a famous for easy walking through beautiful forest on the slopes of Hallasan in south eastern Jeju. The trail is a narrow road along which cars could drive which makes the trail popular for tourists who want to experience forest walking without too much effort. To walk to the other end of the trail will take three hours. Many people walk along the trail up to the bridge and the small pagoda before turning back. It takes 20 minutes to the bridge from the entrance.


Cantikkan? Kami takla masuk ke dalam hutan tu. Ada jalan dalam setengah jam je kat kawasan tu. Tapi memang segar. Datangla singgah. Tak rugi :)


Lepas dah bersejuk sejukkan kat dalam forest tu, masuk je kereta Mr Cheon beri jagung rebus ni. Hebat sungguh rupanya. Rasa pun lain sikit. Ada rasa macam pulut. Bayangkan bila jari jari dah kejung tiba tiba dapat makan jagung rebus panas panas. Rasa macam menang motor happynya. 


Maafkan tuan tanah terlebih dahulu sebab tuan tanah tak tahu ni tempat apa. Mr Cheon kata dia nak masuk sini sekejap. Mengikut pada kefahaman apa yang Mr Cheon cuba nyatakan, tempat ni macam temple. So dia nak pergi berdoa sebentar dan kami tak boleh masuk. Lagi satu dia kata kat dalam ni tak boleh cakap bahasa inggeris. Tak pasti betul ke tak. Ada sesiapa boleh confirm kan?


Tapi sekeliling tempat ni cantik dengan pokok pokok macam ni. Suka sungguh tuan tanah dapat ambil gambar banyak banyak macam ni. Masa ni ada 2-3 orang makcik jepun yang datang ke kami dengan very very basic english. Dia cakap kami cantik dan dia nak ambil gambar kami. Kot buat calon menantu ke tak tau la. Orang dah ramah kan. Layankan je.


Next kami singgah ke Trick Art Museum. Asalnya harga admission dia adalah krw8,000 seorang. Tapi Mr Cheon kata dia boleh dapatkan diskaun. Jadi total untuk kami berdua krw14,000. Oklah dapat diskaun kan dari takde langsung. 



Kat sini yang tuan tanah perhatikan, kena sabar dan cari angle yang betul untuk mendapatkan gambar yang betul betul trick. Tu yang tricky nya. Untuk kami yang ala kadar ni, hasilnya tetap ala kadar je lah.


Gambar diatas ni gambar favourite tuan tanah sepanjang kat muzium ni. Tak rugi pergi sini sebab boleh cuba cuba belajar ambil gambar dengan angle yang betul. Tapi masa balik dari sini, ada kawan tuan tanah cakap "elehhhh ni kat i-City pun ada" Unsur jeles disitu kan. Lalu tuan tanah jawab "aku pergi yang Korea punya. Ko hader ke?" Takdak niat pun nak nunjuk. Kata pun share experience kan. Janganlah negatif sangat ye tak. 








Oklah. Panjang sangat dah ni. Sambung Part 2 nanti ye. Selamat semuanya :)

Wednesday, April 02, 2014

Jeju Day 1 ~ Part 2

Entry sambungan dari entry sebelum ini. Lets go!


Lepas dari Osulloc tu, kami dibawa pula ke Jusangjeolli Cliff. Subhanallah, indah sungguh ciptaan Allah. Laut membiru, angin sepoi sepoi dan batu batu yang terhasil dari cetusan lahar dari Mt Hallasan. Luar biasa sungguh bila dilihat.

The Jusangjeolli are stone pillars piled up along the coast and is a designated cultural monument of Jejudo Island. The Jusangjeolli was formed when the lava from Mt.Hallasan erupted into the sea of Jungmun. They are rock pillars shaped like cubes or hexagons of various sizes and almost seem as if stonemasons had carved them out


Bila nampak ombak ombak kecil terhempas ke batu batu ni nampak cantik je. Bila pergi Morib takde pulak feel macam ni. Double standard sangat kan? hehe


Ni antara gambar favorite tuan tanah. Btw, tuan tanah beli monopod tu seminggu sebelum nak pergi trip ni dengan harga RM50. Punyala takut takdak sapa nanti nak ambilkan gambar, sampai beli monopod. Sudahnya kadang kadang je guna. Agak tidak stable bila guna dengan handphone tuan tanah.


Dari Jusangjeolli Cliff, kami terus dibawa melihat Oedolgae Rock. Banyak cerita mitos pasal batu ni. Kepercayaan diorang kan. Nak sampai ke sini dari parking lot tu kena turun tangga dalam 50 anak tangga kot. Pergi seronoklah. Tang balik tu ketaq kepala lutut. Hehe.

It is an amazing rock 10 meters in circumference and 20 meters in height and is also known as the Changgun Rock. It is surrounded by beautiful islands such as Bum Island, Sae Island and Seonnyu (fairy) Rock. The sunset of Bum Island, which can be seen from Oedolgae, has long been an essential stop for tourists going to Jeju Island.


Mr Cheon pun duk sibuk la cerita tentang sejarah batu ni. Katanya batu yang tinggi ni sebenarnya berasal dari seorang isteri yang duk menunggu je suami dia pulang dari laut. Satu hari tu si suami ke laut dan tidak balik balik. Dipercayai mati dilaut. So si isteri ni tak percaya dan tetap setia menunggu suami pulang. Hah lebih kurang begitulah. Sampailah isteri tu jadi batu. Sungguhlah setia isteri tu kan? 


Nampak yang batu kecil disebelah kiri batu tinggi tu? Yang tu pula dipercayai timbul setelah batu tinggi tu timbul. Konon kononnya itu lambang suaminya yang telah mati dilaut. Giteww. Romeo & Juliet kalah wei. Juliet tak jadi batu. Dah satu taraf Si Tanggang dah ni. Hehe

Kan entry sebelum ni tuan tanah ada cakap yang kami ni asal naik taxi mesti tidur kan, Oleh kerana jam dah hampir masuk jam 7 malam, Mr Cheon cadangkan untuk kami terus pulang ke hotel sebab muka kami memang sebenarnya dah tahap tak bermaya sebab terlalu penat. Dia memang mengerti perasaan kami. Memang melonjak kegembiraan sungguh. Bayangkan kali terakhir mandi adalah dirumah di Klang. hahaha. Nasibla cuaca sejuk. Bayangkan kalau cuaca panas macam kat Malaysia ni. Ok jangan bayangkan.

Kami memilih Goodstay December Hotel untuk 1 malam di Jeju. Maaf hotel ni takde website. Kami booking dari Agoda siap siap. Memang buat keputusan duduk hotel ni semata mata dari review agoda & tripadvisor je. So far memang setuju sangat sangat dengan kebanyakan orang yang buat review. Bilik luas. Macam standard hotel hotel 3 bintang kat tempat kita. 

Maafkan tuan tanah sebab takde langsung gambar pasal hotel ni. Tapi korang boleh pergi Agoda untuk tengok gambar. Memang lebih kurang. Takla macam indah kabar dari rupa. Kami pilih Standard Double Room dengan harga krw50,000. Ada tv, ada 2 set single sofa, ada coffee table, ada refreshment dan yang paling penting ada floor heating. Ini memang wajib. Beza standard & deluxe room diorang hanyalah bath tub. Kalau standard room ada shower je. Deluxe siap ada bath tub. Ala kalau duduk takat nak tidur je, tapayah lah kan? 

Masa mula mula check in tu memang agak kelakar. Receptionist duk ajar cara guna remote tv, remote air cond, dan floor heat punya remote tu. Siap lukis lukis sebab dia takut kami tak faham agaknya. Hihi. Mula mula tu tak faham juga kenapa dia kata "this remote aircond no need to on" Dalam hati rasa "aik kan main kedekut lagi tabagi kami on aircond. Pedulik hapa. Aku nak on jugak!" Bila dah masuk bilik baru faham. Punyala sejuk lantai & dinding hotel ni. Memang tak buka aircond langsung. Tak perlu. Campak buang je. haha. Ok over. 


Nah ini makanan kami untuk malam pertama kami di South Korea. First time makan nasi yang selalu disebut sebut oleh bloggers. Sambal hitam tu Mimi bawak. First time juga tuan tanah makan. Rasa macam makan inai pun ada. Rasa pelik kat tekak tuan tanah. Tapi tu la makanan ruji kami sepanjang kat sini. Dan paling hebatnya, meggi tu. Rasa extra sedap kalau kat tempat orang kan? Cuba makan kat rumah. Rasa rugi beli. Haha.

Oklah, nanti tuan tanah sambung dengan Day 2 pula ye. Selamat bekerja semua!



Tuesday, April 01, 2014

KL - Incheon - Jeju Day 1 ~ Part 1

Tuan tanah cuba ye. Tapi tak berapa pandai macam bloggers hebat hebat yang lain tau. Kalau ada yang macam kurang info, boleh je tinggalkan comment ataupun email. Kotla tuan tanah boleh bantu. **budget dah jadi korean*** hihi


5 March 2014 bertolak dari KLIA dalam jam 11.30pm & disapa dengan cuaca -1c lebih kurang jam 6.50am (waktu Korea) pada 6 March 2014 di Incheon International Airport. Betul cakap kawan, jacket jangan bubuh dalam luggage. Nanti sementara nak tunggu luggage keluar tu dah kesejukan. Fuhhh first time tuan tanah & Mimi merasa cuaca sesejuk ini. Masa imigiresen checking tu kan kena amik gambar & imbas dua jari telunjuk kan, tuan tanah bagi senyuman paling manis sekali disaat ahjussi tu nak amik gambar. hehehe. Tu dia punya excited dah jejak South Korea. Lepas  tu baru boleh ambil luggage. Terkial kial  jugak la nak pakai kasut. Maklumla dari KLIA pakai selipar jepun ja.

Semua blog yang tuan tanah baca benda yang wajib kita beli ialah susu pisang kad T-Money kan? Jumpala convenient shop kat dalam airport tu dan percubaan pertama berkomunikasi pun bermula. Disini tuan tanah boleh simpulkan, baik Vietnam atau Korea. Tak perlu beriya iya nak guna english dengan grammar ke susunan ayat yang betul. Janji message itu sampai, cukup bersyukur. Jadi bila tuan tanah mintak T Money kat cashier tu sambil buat isyarat 2 jari menandakan tuan tanah nak 2 keping. Ok, dia faham. Arahan kedua, "top up each card with krw30,000 please" Sumpah tak terfikir yang cashier tu akan bagi 2 lolipop sambil berkata "this free". Masa tu terus jadi kalut. Mengapakah? Bagaimanakah? Masa nilah menggunakan bahasa belasah apa saja janji message itu sampai. Bila difikirkan memang lawak.


Tuan tanah decide untuk ke Pulau Jeju dihari pertama sampai ke South Korea since tak perlu patah balik dari Seoul ke airport banyak kali. Dari Incheon kami naik subway ke Gimpo International Airport menggunakan Airport Railroad. Perjalanan lebih kurang 35minit dengan harga krw3,550. Nasib baik dari Incheon Airport tu takla ramai orang naik subway so takde masalahla dengan seret luggage yang gedabak tu. Oh ya, kami dah beli ticket ke Jeju siap siap menggunakan Air Busan dengan harga lebih kurang RM260 return ticket untuk setiap seorang. Easy breezy. Takda masalah upon booking. Very user friendly. Paling penting harus ambil gap panjang sikit sekurangnya 4-5 jam. Manala tau flight delay ke, sesat jalan ke macam kami yang first timer ni. 

Oleh kerana Air Busan hanya beri 15kg bag allowance, kami kena tinggalkan luggage kami kat Bag Storage service yang ada di Gimpo Airport. Terletak di tingkat 1 bahagian domestic terminal. Tapi harus take note tempat ni bukan 24 jam. Mereka buka dari jam 7.30 pagi hingga 9.30 malam. Harga ikut size beg dan berapa lama. Agak mahal juga. Nanti baru cerita harga ye. hehehe 

Air Busan ada sediakan kiosk untuk self check in tapi sedih sikit guna bahasa korea je. So adala officer sana yang bantu tolong check in kan kami. Paling pelik tiket kami jam 11am tau. Boarding jam 10.55am ye. Tapayah nak kena ada 2 jam sebelum la, 45minit sebelum la. Takde hal. Mungkin cekap kot staff dorang, tak perlu consume masa lama lama untuk boardingkan passengers. So merasala kami Lotteria. haha JATUH CINTA! Shrimp burger itu sangatlah sedap. Taktau pasaipa sedap sangat. krw5,300 dapat beger, fries dan carbonated drink. sila jangan convert. haha. 



Flight dia lebih kurang macam Air Asia kita. Cuma dia beri 15kg free bag allowance, dapat free refreshment & ada in flight game dengan flight attendants. Tapi of course dalam bahasa mereka lah. Masa tengah main game tu rasanya diorang main lucky draw kot sebab semua duk belek boarding pass masing masing. Tapi kami tapaham kan? Terpinga pinga je lah hehe. Satu lagi kelebihan Air Busan ni, seat belt dia panjang uols. Kalau AA, tuan tanah kena mintak extension sebab ketat sangat. Yang ni surprisingly muat. Hehe 

Lebih kurang jam 12 tengah hari sampai Jeju International Airport  terus disambut mesra oleh Mr Cheon, taxi tour yang kami dah booking. Sebenarnya kami booking orang lain, oleh kerana orang tu tak available jadi dia suggestla Mr Cheon ni. Alhamdulillah very friendly dan pemurah pulak tu.


Setelah masuk ke kereta, Mr Cheon tolong susunkan tempat tempat yang kami nak pergi mengikut giliran untuk menjimatkan masa yang ada maklumla dah mula tour dari tengah hari. Jadi lokasi kami yang pertama ialah Hyeopjae Beach.

"Hyeopjae Beach (협재해수욕장) is located on the west side of Hanrim-eup, and is part of Hanrim Park. The beautiful white color of the sand comes from the large amounts of crushed seashells that have been mixed in with the sand. The long seashore stretches for 9 km and has cobalt colored seawater and evergreen forests scattered around the vicinity, making the scenery very beautiful. Just off the beach is Biyangdo Island. The white sandy beach is about 20 meters long, and the water is 1.2 meters deep with no sudden drops."


Suhu masa tu lebih kurang 8c bersama dengan tiupan angin yang agak kuat. Mula mula excited. Rasa seronok. Tapi bila dah mula kejung jari, bibir dah rasa macam pijar kena cili api, ini sudah tak kelakar. Masa tu barula terkial kial pakai glove. Tapi payahnya pakai glove, tak praktikal kalau pakai touch screen phone. Duk bukak banyak kali asal nak guna phone. 


First time tengok laut secantik ini. Indah sungguh. Dalam keadaan sejuk tu, Mr Cheon memang tak berhenti henti nak ambilkan gambar kami. Kami yang jadi segan. Yela uols, berapa gedik kita boleh posing kalau orang luar ambilkan gambar? Malu kot! hehe.


Lokasi kedua kami pergi ialah Glass Castle. Admission fee krw9,000 sorang

Jeju Glass Castle is a glass art theme park featuring an exhibition hall, garden and models all made entirely out of glass. There are six themed model parks, in which over two hundred and fifty models are exhibited.


Ha tu la Mr Cheon. Umur dah 65 tahun. Tetap steady! Dia akan ikut kami sampai ke dalam, dan akan ambilkan gambar kami dua orang 4-5 kali pastu dia akan tinggalkan kami untuk jalan jalan. Dah sudah nanti dia minta datang ke parking kereta semula. 


Dah nama pun Glass Castle, semuanya diperbuat dari kaca. Termasuklah cermin ni. Biasalah perempuan. Pantang nampak cermin. Nak betulkan tudunglah, tengok gigi lah, belek muka lah dan paling penting selfie depan cermin macam ni. Over? Memang kami syok sendiri je dalam trip ni. hehehe.



Basically semua yang diperbuat kat sini nampak real. Tak sangka diperbuat dari kaca. Bila tengok dari jarak dekat baru confirm buatan kaca.


Even see through bridge ni. Kukuh untuk kenderaan berat macam tuan tanah dan mimi. hihi. 




Kalau percaya dah kira syirik. Tapi sajala suka suka baling syiling. Siap baling syiling Malaysia lagi. Tuan tanah dapat masukkan syiling dalam mangkuk paling kiri iaitu Love. Kotla tahun ni jumpa jodoh. Amin!! Mimi punya syiling terpelanting dalam kolam. Jadi kami buat lawak kata dia akan suwey sepanjang tahun. Jangan percaya pulak tau. 


Seterusnya kami singgah ke Osulloc. Ladang teh yang besar dan mempunyai muzium teh diseberang jalan ladang ini. Kami tak masuk pun muzium dia. Singgah ambil gambar dan petik petik sikit daun teh. Pernahlah tengok dalam Family Outing dulu. Daun teh yang muda adalah daun teh yang terbaik untuk buat teh. 

The “o” in “o’sulloc”, means to appreciate and enjoy, and it also stands for the origin of sulloc, only sulloc, and of sulloc tea. 


Masa ni memang teringat Family Outing takpun Running Man. Diorangkan pernah datang ladang teh untuk shooting. Masa ni, takda pulak pekerja tengah petik daun teh. So ambil gambar sekeping dua lepas tu terus naik taxi balik.


Jangan tak tahu, nampak je semua gambar ni kami tersenyum riang. Tapi yang benar, asal masuk dalam taxi je kami berdua tidur. Even kalau perjalanan tu ambil masa 15 minit. Kami tetap tidur. Kepenatan mungkin. Dalam flight tak tidur langsung semalam. Mungkin excited lebih sampai tak tidur.


Oklah, cukuplah. Rasa macam dah panjang sangat entry ni. Nanti tuan tanah sambung lagi ye. Tata!